Saturday, April 20, 2013

Monday, June 25, 2012

MENUJU KEGEMILANGAN ISLAM

Setelah berbulan-bulan tidak meng 'update'  BELOG, akhirnya terdetik juga untuk menjengah BELOG yang tidaklah seberapa menarik.. Kalau sebelum ini, ayat-ayat yang digunakan adalah berbentuk humor dan santai, dalam entri kali ini aku akan cuba menulis secara lebih berilmiah lantaran tajuk entri yang ingin di 'publish' ini bukanlah sesuatu yang perlu dipandang remeh.. 


Alhamdulillah, jutaan kesyukuran aku panjatkan kepada Illahi kerana memberi sinar kemenangan Islam di Mesir.. Akhirnya Dr Muhammad Morsi, calon figura Parti Islam iaitu Ikhwanul Muslimin telah memenangi pilihan raya Mesir dengan majoriti undi 51.7% mengalahkan lawannya Ahmad Syafiq dengan undian 48.3%. Alhamdulillah, Allahuakhbar! Seronok rasanya meng 'like' status yang di 'update' oleh rakan-rakan di FB berkenaan kemengan Presiden Mesir 2012 tersebut.. Terbaca di FB tentang satu artikel di mana Perdan Menteri Palestin, Ismail Haniyeh mengedarkan manisan kepada rakyat Palestin sebagai tanda gembira atas kemengan Dr. Muhammad Mohsi.. Allah memberikan kemengan kepada Islam atas jihad dan usaha rakyat Mesir yang tidak putus-putus menentang kebatilan.. Pemimpin adil kita sanjung, pemimpin zalim kita jauhkan..

Terbaca satu status rakan di 'wall' FB beliau. katanya Datarn Tahrir bergema dengan laungan takbir menyambut kemenangan Dr. Muhammad Mohsi.. syahdu rasanya.. Nyata, revolusi kebangkitan rakyat di bumi Anbiya' berkenaan tidak sia-sia.. Maka, menangislah kaum yahudi mendengar berita kemengan tersebut... Mengapa?? Mereka berasa gentar kerana itulah tanda-tanda kemenangan Islam di muka bumi.. Buat mujahid-mujahid pejuang Islam di Syiria, doa saya bersama kalian. InsyaAllah kemenangan akan mengiringi anda dan jangan berputus asa..

Satu fakta menarik mengenai Presiden Mesir 2012 ialah: Dr Muhammad Mohsi merupakan pemimpin dunia moden kedua yang menghafal 30 juzuk Al-Quran selepas Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyah.. MasyAllah!! Alangkah indahnya jika pemimpin yang mentadbir negara Malaysia juga begitu?? Sudah pastinya negara kita akan mendapat Mardhotillah.. Lihatlah anak dan isteri beliau, mereka menutup aurat dengan sebaiknya.. Kita mungkin tidak sekuat dan sehebat rakyat Mesir dan Syiria yang berani berjuang melakukan revelosi sehingga ketitisan darah yang terakhir, tetapi kita memiliki kuasa memilih pemimpin negara kita.. Maka pilihlah pemimpin yang mendaulatkan Islam.. Undi adalah di tangan kita.. 


Ayuh kita sorot satu kata-kata yang dapat membuka minda kita mengapa kita perlu memilih pemimpin yang mendahulukan agamanya:

“Saya melihat negara Islam sedang mengandungkan bayi-bayi Barat dan suatu hari nanti mereka akan melahirkan anak-anak yang berkiblat ke Barat. Dalam masa yang sama, saya melihat negara Barat sedang mengandungkan bayi-bayi Islam dan suatu hari nanti mereka akan melahirkan pejuang-pejuang Islam.”
~Badiuzzaman Said Nursi.~








Monday, May 21, 2012

Kampung VS Bandar

Well..well..well..sape yg tak biasa dok kampung sila angkat kening..hehe, wah best gila sapa yg ada kampung..bagi yg tak ada kampung, jgn sedey2, nanti cari husband or wife yg ada kampung..bila raya boleh bertandang ke sana..ataupun follow je kwn yg ada kg..ok, aku memang anak kampung..aku tak malu mengakuinya..yeh, i'm kampung girl's with bedak sejuk yg bertampung-tampung di muka and kain batik yang sering dipakai dan digulung bak kain pelekat..hatta dok di bandaraya mertopolitan (key el~sebut betol-betol!) pun aku masih mengenakan bedak sejuk yang bertampung-tampung di wajah..xcaya?? tanyalah housemate aku..nanti aku bg no fon diowang, call ler tanya..haha, bila malam, wisau gak mak cik sebelah rumah jatuh pengsan terkezut tgk muka aku bila aku menjengah ke luar rumah utk mengunci pintu sambil mengenakan bedak sejuk..(dah lari topik)

Back 2 da story..aku bukan nak bercerita bab khasiat bedak sejuk or macam mana nak hasilkan bedak sejuk..hari nie nak citer skit bab kampung..well, I kan orang kampung sejati, anak mak cik Shun..hurm, rasanyanya lama aku dah merantau ke luar kota..tambah tolak bahagi darab, dah 8 tahun menetap di bandaraya (ok, aku bohong angka tu..sebenarnya 4 thn baru)..pengalaman di bandaraya mmg lah xbanyak kalau nak dibandingkan dgn org yg menetap kat sini..tp apa yg aku blh simpulkan ialah = aku suka kampung..klu boleh, nk posting ngajar nanti aku nak dok kat kampung..sembang panjang pun tak guna kan?? ok, tgkla gambar kat bwh nie..mmg betol2 kampung aku..xcuri kat mr google or kamera kwn..sumpah kampung aku..nanti korang rumuslah sendiri kenapa aku suka kampung..


Tuesday, May 15, 2012

permainan waktu kecil

HAHA..rasa-rasanya korang pernah tak main benda alah nie..dulu waktu zaman kecil-kecil aku selalu maen..maklumlah, zaman kecik-kecik duit banyak buat bekal beli mainan..maklumlah, jutaan Bukit Besaq (ehem, ehem..rumah aku)..wohaa..setelah lama meninggalkan permainan tradisi ini, apatah lagi bila berada di zaman teknologi dengan gajet seperti lappy dan hp yg mengerlip di sisi, tetiba aku teringat permainan ini..nie pun setelah aku menjadi stalker di FB..ada jmpa orang main dengan belon ni..so, apa lagi, aku pn rasa teringin di hati nak bermain dengan mainan kanak-kanak comel ni (aku pun comel gak, sapa tak setuju sila angkat gigi)..maka, aku pun membuat ayat sedih di wall fb, kot-kot ada yg nk jd supplier belon ni..

jeng..jeng..keesokkannya, ada kawan aku kasi..fuhhh, rasa best gila kat hati..ingat senang nak cari walaupun harga murah..aku yg tua tak sedar diri pun bermain dengan hati yang riang bersama-sama teman seperjuanagan..dengan muka yang tak malunya, aku bermain dgn happy di dalam kelas (isi masa lapang b4 lec masuk) smbil disaksikan rakan-rakan dengan gelengan kepala..terkejut sebab ada kawan yg tak sedar diri mcm aku..dlm syok-syok dok main, tetiba lec dtg..adoi, pecah semua belon yg aku buat..ketaq perut bila lec masuk kelas secara mengejut smpai terpecah belon yg penat2 aku hasilkan...oh mannnn...




     Nie la belon yg kawan aku kasi..haha, terima kasih kepada si pemberi..ada masa, jgn lupa bagi lg..




Sorry, tgn ku yg cantik intepremm skali..hasil yg mampu aku buat setelah berabad-abad tak bermain




Beberapa hasil yang beta sempat buat sblm semuanya pecah dek kecut perut terkejut lec masuk..


Hebatkan permainan dulu..zaman sekarang, ada lg tak budak yg main??kompem mak jemah blh ckp xde..yg budak sekarang tahu main, PS2, game ect adalah..bagus permainan nie, blh luaskan ruang rongga mulut aku..terketaq-ketaq kepala tiub straw dia..bagus utk saraf penghadaman..lps tiub belon, rasa boleh test suara nyanyi macan Adibah Noor..tak percaya??? cuba try test

Assalamualaikum..ok, first! aku pun tau mcm mana blh terciptanya blog nie..Yang pastinya, semua bermula dari suka-suki..Malas nk study tyme saat genting exam..cehhh, bajet lepas ni akan selalu update lah (huhu)..harap-harap blog nie tak terkubur begitu saja..Amin..by da way, klu xda org ucap..aku nk ucap kat diri sendiri..welcome to the blogger world (ayat cam gempaq gila)..haha..Happy mother's day..i luv u mom (Harisun Awang)