Monday, June 25, 2012

MENUJU KEGEMILANGAN ISLAM

Setelah berbulan-bulan tidak meng 'update'  BELOG, akhirnya terdetik juga untuk menjengah BELOG yang tidaklah seberapa menarik.. Kalau sebelum ini, ayat-ayat yang digunakan adalah berbentuk humor dan santai, dalam entri kali ini aku akan cuba menulis secara lebih berilmiah lantaran tajuk entri yang ingin di 'publish' ini bukanlah sesuatu yang perlu dipandang remeh.. 


Alhamdulillah, jutaan kesyukuran aku panjatkan kepada Illahi kerana memberi sinar kemenangan Islam di Mesir.. Akhirnya Dr Muhammad Morsi, calon figura Parti Islam iaitu Ikhwanul Muslimin telah memenangi pilihan raya Mesir dengan majoriti undi 51.7% mengalahkan lawannya Ahmad Syafiq dengan undian 48.3%. Alhamdulillah, Allahuakhbar! Seronok rasanya meng 'like' status yang di 'update' oleh rakan-rakan di FB berkenaan kemengan Presiden Mesir 2012 tersebut.. Terbaca di FB tentang satu artikel di mana Perdan Menteri Palestin, Ismail Haniyeh mengedarkan manisan kepada rakyat Palestin sebagai tanda gembira atas kemengan Dr. Muhammad Mohsi.. Allah memberikan kemengan kepada Islam atas jihad dan usaha rakyat Mesir yang tidak putus-putus menentang kebatilan.. Pemimpin adil kita sanjung, pemimpin zalim kita jauhkan..

Terbaca satu status rakan di 'wall' FB beliau. katanya Datarn Tahrir bergema dengan laungan takbir menyambut kemenangan Dr. Muhammad Mohsi.. syahdu rasanya.. Nyata, revolusi kebangkitan rakyat di bumi Anbiya' berkenaan tidak sia-sia.. Maka, menangislah kaum yahudi mendengar berita kemengan tersebut... Mengapa?? Mereka berasa gentar kerana itulah tanda-tanda kemenangan Islam di muka bumi.. Buat mujahid-mujahid pejuang Islam di Syiria, doa saya bersama kalian. InsyaAllah kemenangan akan mengiringi anda dan jangan berputus asa..

Satu fakta menarik mengenai Presiden Mesir 2012 ialah: Dr Muhammad Mohsi merupakan pemimpin dunia moden kedua yang menghafal 30 juzuk Al-Quran selepas Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyah.. MasyAllah!! Alangkah indahnya jika pemimpin yang mentadbir negara Malaysia juga begitu?? Sudah pastinya negara kita akan mendapat Mardhotillah.. Lihatlah anak dan isteri beliau, mereka menutup aurat dengan sebaiknya.. Kita mungkin tidak sekuat dan sehebat rakyat Mesir dan Syiria yang berani berjuang melakukan revelosi sehingga ketitisan darah yang terakhir, tetapi kita memiliki kuasa memilih pemimpin negara kita.. Maka pilihlah pemimpin yang mendaulatkan Islam.. Undi adalah di tangan kita.. 


Ayuh kita sorot satu kata-kata yang dapat membuka minda kita mengapa kita perlu memilih pemimpin yang mendahulukan agamanya:

“Saya melihat negara Islam sedang mengandungkan bayi-bayi Barat dan suatu hari nanti mereka akan melahirkan anak-anak yang berkiblat ke Barat. Dalam masa yang sama, saya melihat negara Barat sedang mengandungkan bayi-bayi Islam dan suatu hari nanti mereka akan melahirkan pejuang-pejuang Islam.”
~Badiuzzaman Said Nursi.~








No comments:

Post a Comment